Page 3 - UNIT 2.5 PENGHASILAN TENAGA
P. 3
Tenaga adalah keupayaan yang membolehkan seseorang itu
melakukan apa-apa sahaja aktiviti sama ada aktiviti fizikal
ataupun melaksanakan tugasan harian. Kecergasan fizikal dan
penglibatan dalam aktiviti sukan merupakan kecekapan badan
bertindak balas terhadap proses penghasilan tenaga yang
diperlukan. Semakin cekap proses penghasilan tenaga yang
dominan, maka semakin baik prestasi seseorang atlet dalam
bidang sukan yang diceburi.
Info
Terdapat enam jenis tenaga yang dapat
berubah dari satu keadaan kepada keadaan
yang lain, iaitu tenaga kimia, tenaga
mekanikal, tenaga haba, tenaga cahaya,
tenaga elektrik dan tenaga nuklear.

