Page 8 - UNIT 2.5 PENGHASILAN TENAGA
P. 8
MEKANISMA ANAEROBIK LAKTIK
Mekanisme
•Proses penjanaan tenaga ATP berlaku apabila jangka masa melakukan kerja
berintensiti tinggi melebihi 10 saat daripada sumber glikogen yang tersimpan di
dalam otot dan di dalam hati.
•Penghasilan ATP melibatkan pemecahan glikogen kepada glukosa menerusi proses
yang dikenali sebagai glikolisis.
•Walau bagaimanapun, hasil sampingan tindak balas kimia ini adalah pembentukan
asid piruvik yang seterusnya menghasilkan asid laktik.
•Asid laktik yang terhasil dan tersimpan dengan banyak di dalam otot akan
mengakibatkan kelesuan otot.
•Oleh itu, kehadiran asid laktik dalam sistem biologi badan akan merencatkan
proses pemecahan glikogen.
•Perkara ini akan menyebabkan mekanisme penguncupan otot akan terjejas.

