Page 4 - UNIT 2.5 PENGHASILAN TENAGA
P. 4

Proses penghasilan tenaga berlaku apabila tenaga kimia yang ada di dalam

          badan bertukar menjadi tenaga mekanikal yang membolehkan manusia

          bergerak dan melakukan kerja



          Penghasilan tenaga ini bergantung pada jangka masa aktiviti dan intensiti

          aktiviti tersebut dilakukan.



          Dianggarkan 60 peratus hingga 70 peratus tenaga yang ada di dalam tubuh

          badan manusia digunakan untuk kegunaan fungsi biologi umum, manakala

          30 peratus hingga 40 peratus lagi tenaga digunakan untuk kegunaan

          aktiviti sel dan fungsi mekanikal pergerakan anggota tubuh badan.





                Adenosin trifosfat (ATP) adalah bentuk sumber tenaga utama manusia

                yang tersimpan di dalam sel-sel otot rangka manusia. Bahan makanan

                   berkarbohidrat akan bertukar kepada glukosa setelah pencernaan.

                   Glukosa yang berlebihan akan disimpan sebagai glikogen di sel otot

             rangka dan hati. Apabila diperlukan, glikogen ini akan dihuraikan sehingga

                  membebaskan tenaga (ATP) melalui satu siri tindak balas kimia yang

                                                                  berlaku.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9