Page 2 - BUKU ATURCARA MAKE FlipBookVersion
P. 2
UCAPAN PERASMI
PUAN FRIEDA PETER POLODO
YANG DIPERTUA PIBG SK BAHANG,
PENAMPANG
Selamat pagi dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan Bahang
kerana sudi mengundang saya ke Majlis Anugerah Kecemerlangan (MAKe) tahun
2020 yang gemilang ini.
Dalam kesempatan ini marilah kita bersama-sama bersyukur kepada Tuhan
kerana dengan izin-Nya kita diberi peluang untuk hadir ke majlis yang sangat
bermakna ini, khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada para
murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik.
Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang
tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan dengan lancar
dan teratur. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk
memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan
negara. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua murid yang telah berjaya
mendapat pengiktirafan atas kejayaan anda.
Hadirin yang dihormati,
Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu. Oleh itu,
pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan murid-murid sebagai peneroka ilmu
dan bukan sekadar pengikut amat penting dalam mempersiapkan generasi muda
dengan keperluan abad ke-21. Dengan perubahan zaman dan cabaran semasa,
usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu
dilakukan semua pihak supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak.
Seyogianya, ibu bapa menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan
bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah.

