Page 4 - BUKU ATURCARA MAKE FlipBookVersion
P. 4
UCAPAN
PUAN HAJAH SA’ADIAH BINTI ZAKARIA
GURU BESAR SEK KEB BAHANG, PENAMPANG
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum waramatullahi Wabarakatuh.
Terima kasih Pengacara Majlis. Yang dihormati Puan Frieda Peter Polodo,
Yang Di-Pertua Perastuan Ibu bapa dan Guru SK Bahang Penampang, barisan
Penolong Kanan, guru-guru SK. Bahang, dan seterusnya murid-murid yang
diraikan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya berasa bertuah dan bersyukur pada pagi yang penuh bermakna ini,
kita dapat berkumpul bersama-sama bagi meraikan murid-murid SK Bahang yang
telah berjaya menuntut ilmu yang cemerlang khususnya dalam bidang kurikulum.
Sesungguhnya majlis yang indah ini telah disusun atur oleh pihak pengurusan
sekolah . Ini merupakan satu agenda pendidikan yang bertujuan untuk
menghargai kejayaan-kejayaan yang telah diperolehi oleh murid-murid kita.
Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis yang
tentunya telah berusaha gigih agar majlis ini berjalan dengan lancar dan mencapai
matlamatnya. Kita sedar bahawa majlis seumpama ini amat perlu dilaksanakan
untuk memberi makna dan penghargaan kepada anak-anak generasi pewaris
masa depan negara.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran tuan
puan kerana sudi memeriahkan lagi majlis ini. Saya percaya kerjasama yang padu
daripada kita semua akan meningkatkan lagi semangat warga sekolah untuk terus
mencatat kejayaan yang membanggakan.
Akhir kata saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua murid
yang menerima pengiktirafan pada hari ini. Kepada para tetamu dan hadirin,
sokongan tuan puan akan dikenang sampai bila-bila. Sekian dan terima kasih.
IKAN SEMBILANG, SEPAT DAN KELAH
GUNA BUBU BIASA DIHUJUNG
PENCAPAIAN CEMERLANG DAPAT HADIAH
PETANDA ILMU SENTIASA DIJUNJUNG.

