Page 3 - BUKU ATURCARA MAKE FlipBookVersion
P. 3
Murid-murid sekalian,
Anda masih muda. Perjalanan untuk memburu kecemerlangan akademik
terbentang luas di hadapan. Justeru, jangan persiakan kesempatan yang ada, kerana
kata
bijak pandai, “Barangsiapa yang tidak mahu maju dalam mencari ilmu, maka
jiwanya umpama lampu yang kehabisan minyak, makin lama makin malap dan
kemudian menjadi gelap.”
Berbekalkan sijil penghargaan dan anugerah yang anda terima pada pagi ini, serta
iringan doa dan harapan daripada ibu bapa, penjaga dan guru-guru serta rakan-rakan,
saya yakin anda akan menjadi insan yang cemerlang pada masa hadapan.
Tua n-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah
kepada semua murid yang akan menerima hadiah nanti atas pencapaian mereka dan
diharapkan pencapaian kecemerlangan tersebut tidak berakhir di sini sahaja.
Teruskanlah kecemerlangan itu sampai bila-bila. Kepada murid-murid yang tidak
menerima hadiah, janganlah kecewa tetapi ingatlah pesan saya ini. Untuk menjadi
seorang murid yang cemerlang, kita harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak
mudah putus asa. Saya percaya jika anda memiliki sikap ini, anda juga pasti akan
mendapat kecemerlangan pada masa hadapan.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah
dan syabas kepada pihak SK.Bahang kerana berjaya menganjurkan majlis ini. Dengan ini
saya merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan (MAKe) tahun 2020. Sebelum saya
mengundurkan diri, saya juga ingin menarik perhatian hadirin sekalian pada gurindam
ini;
Jika murid mendengar kata Jika kita seia sekata
Tidak guru berkata cela Tiada timbul sengketa
Jika ibu bapa bekerjasama Jika seiring kita berusaha
Tidaklah anak berdukacita Pasti semua akan berjaya.
Sekian, terima kasih.

