Page 106 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 106

6.1                Pembahagian Sel


                                       Sel dalam badan kita sentiasa tumbuh, membahagi dan mati. Oleh itu,
                                       sel yang mati mesti diganti dengan sel baharu. Sel badan menghasilkan
                                       sel yang baharu melalui proses pembahagian sel. Pembahagian sel
                                       melibatkan dua peringkat iaitu kariokinesis dan sitokinesis.
                                       •   Kariokinesis melibatkan pembahagian nukleus.
                    Fikirkan!          •   Sitokinesis melibatkan pembahagian sitoplasma.
                 Apakah yang           Sel badan organisma boleh dibahagi kepada sel soma dan sel pembiakan
                 akan berlaku          atau gamet.
                 sekiranya sel tidak
                 dapat menjalani
                 pembahagian sel?                              SEL ORGANISMA



                                                  SEL SOMA                        SEL GAMET
                                        •   Sel badan selain daripada sel   •   Sel gamet ialah sel pembiakan.
                                            gamet.                       •   Sel gamet terhasil melalui
                                        •   Sel soma terhasil melalui        proses meiosis.
                                            proses mitosis.              •   Mengandungi bilangan
                                        •   Mengandungi bilangan             kromosom haploid, iaitu setiap
                                            kromosom diploid, iaitu setiap   sel mengandungi hanya satu set
                                            sel mengandungi dua set          kromosom atau n. Dalam sel
                                            kromosom atau 2n. Dalam sel      gamet manusia, n = 23.
                                            soma manusia, 2n = 46.

                                       Dalam sel diploid, satu set kromosom berasal daripada induk jantan atau
                                       kromosom paternal dan satu set lagi berasal daripada induk betina atau
                                       kromosom maternal. Kedua-dua kromosom paternal dan kromosom
                                       maternal mempunyai ciri struktur yang serupa. Pasangan kromosom
                                       ini disebut kromosom homolog. Kromatin ialah kromosom yang
                                       menyerupai bebenang halus yang panjang.
                                       Haploid (n): Satu salinan setiap kromosom  Diploid (2n): Dua salinan setiap kromosom




                     TMK 6.1
                    Kepentingan
                   pembahagian sel
                   (Dicapai pada 21
                     Ogos 2019)           Tiga kromosom tanpa pasangan  Tiga pasang kromosom homolog (satu set
                                                                      kromosom paternal, satu set kromosom maternal)
                Praktis Formatif      6.1            RAJAH 6.1 Kromosom haploid dan diploid

                  1  Berikan definisi bagi istilah berikut:    2  Ramalkan apa akan berlaku sekiranya  sel
                    (a) kariokinesis   (c) kromatin            dalam organ pembiakan manusia tidak dapat
                                                               menghasilkan sel haploid.
                    (b) sitokinesis   (d) kromosom homolog

                100                                                                        6.1.1  6.1.2
   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111