Page 107 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 107

6.2                  Kitar Sel dan Mitosis



                                          Apakah itu kitar sel?

                                          Kitar  sel  merujuk kepada turutan kejadian yang melibatkan
                                          penggandaan DNA serta pembahagian sel untuk menghasilkan dua
                                          sel anak. Kitar sel terdiri daripada interfasa  dan  fasa M. Interfasa
                                          merupakan fasa yang paling panjang dalam kitar sel. Fasa ini terdiri
                                          daripada fasa G , S dan G .
                                                        1        2



                                                                                    FASA S
                               FASA G
                                      1                               2 Sintesis DNA berlaku dalam fasa S
                  1 Sel membesar. Komponen sel seperti                   apabila DNA dalam nukleus menjalani
                    mitokondrion dan jalinan endoplasma                  replikasi. Setiap kromosom
                    dihasilkan dalam fasa ini. Protein untuk             mengganda menjadi dua kromatid
                    kegunaan kitar sel juga disintesis                   seiras yang dikenali sebagai kromatid   BAB 6
                    ketika ini. Pada peringkat ini, nukleus               kembar. Kedua-dua kromatid
                    kelihatan besar dan kromosom                              mengandungi salinan molekul
                    adalah dalam bentuk kromatin.                INTERFASA      DNA yang sama. Kedua-dua
                                                                                  kromatid ini berpaut
                                                                                    pada sentromer.


                                                                     S



                                                 G
                                                  1



                                                                      G
                                                                        2
                                                      Sitokinesis  Mitosis






                                                   FASA M

                                                       RAJAH 6.2 Kitar sel
                             FASA M
                                                                         FASA G
                     Fasa M terdiri daripada mitosis                            2
                  4
                     dan sitokinesis. Mitosis        3 Sel terus membesar dan kekal aktif secara metabolik
                     melibatkan profasa, metafasa,     semasa fasa G . Sel mengumpul tenaga dan membuat
                                                                    2
                     anafasa dan telofasa.             persiapan terakhir untuk memasuki peringkat
                                                       pembahagian sel yang seterusnya. Selepas peringkat
                                                       interfasa, sel akan memasuki fasa M.

                 6.2.1                                                                              101
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112