Page 190 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 190

Isu kesihatan yang berkaitan
                                                         pembekuan darah

                                                             Dalam keadaan normal, darah tidak membeku
                                                              dalam salur darah yang tidak rosak kerana
                                                               tindakan   beberapa  bahan   antigumpal
                                                               seperti heparin. Apakah akibatnya sekiranya
                                                               mekanisme pembekuan darah seseorang
                                                               individu tidak berfungsi?

                                                                         HEMOFILIA
                                                        •   Hemofilia ialah satu contoh penyakit yang
                                                            menghalang darah membeku.
                                                        •   Hemofilia ialah penyakit keturunan yang
                                                            disebabkan oleh kekurangan faktor pembeku
                                                            tertentu dalam darah.
                Dunia Biologi Kita
                                                        •   Pendarahan secara berlebihan akibat luka kecil
                 Apabila anda                               atau lebam boleh menyebabkan kematian.
                 duduk terlalu lama,
                 risiko trombosis
                 dalam kaki boleh                                    TROMBOSIS
                 meningkat.
                 Pastikan anda                   •   Pembentukan darah beku (trombus).
                 menggerakkan kaki               •   Trombosis berlaku akibat:
                 anda sekali-sekala.
                                                     – kerosakan dalam salur darah, atau
                                                     – pengaliran darah terlalu perlahan sehingga
                   Zon Aktiviti                         menyebabkan faktor pembeku terkumpul.

                Bekerja dalam
                kumpulan untuk
                mengumpul dan                                    EMBOLISME
                mentafsirkan
                maklumat tentang         •   Apabila darah beku diangkut oleh aliran darah, darah beku ini
                trombosis,                   dikenali sebagai embolus.
                embolisme                •   Sekiranya embolus tersekat di dalam salur darah yang terlalu kecil,
                dan hemofilia.               aliran darah akan terhenti.
                Bentangkan hasil
                dapatan tersebut
                kepada kelas.





                Praktis Formatif      10.4
                   1  Pada akhir mekanisme pembekuan darah,     3  Terangkan mekanisme pembekuan
                     fibrin terbentuk untuk menjerat eritosit.   darah.
                     Terangkan maksud fibrin dan fungsinya.
                                                              4  Terangkan mengapa pembentukan darah
                   2  Namakan dua penyakit yang berkaitan      beku dalam salur darah boleh menyebabkan
                     dengan pembekuan darah.                   serangan jantung.


                184                                                                              10.4.3
   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195