Page 191 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 191
10.5 Kumpulan Darah Manusia
Kumpulan darah ABO
Tahukah anda apakah kumpulan darah anda? Darah manusia
dikelaskan kepada kumpulan A, B, AB dan O. Pendermaan dan
penerimaan darah adalah berdasarkan kesesuaian kumpulan darah
penderma dan penerima. Ini adalah kerana penerima mempunyai
Kumpulan darah A
antibodi dalam serum darah yang boleh bertindak terhadap
antigen A antigen pada sel darah merah seorang penderma. Pemindahan
antibodi anti-B darah daripada seorang penderma kepada seorang penerima perlu
mengambil kira jenis kumpulan darah penderma dan penerima
(Jadual 10.6). Jika darah kedua-dua penderma dan penerima
tidak sepadan, maka sel darah merah penerima akan mengalami
sel darah merah
pengaglutinan (penggumpalan).
JADUAL 10.5 Antigen dan antibodi dalam kumpulan darah
Kumpulan darah B
Kumpulan Antigen pada sel Antibodi dalam
sel darah merah darah darah merah serum darah
A Antigen A Anti-B
B Antigen B Anti-A
antigen B
AB Antigen A dan Antigen B Tiada
antibodi anti-A
O Tiada Anti-A dan Anti-B
JADUAL 10.6 Kesesuaian kumpulan darah penderma dengan penerima
Kumpulan darah AB Kumpulan Boleh menderma darah Boleh menerima darah
antigen darah kepada kumpulan darah daripada kumpulan darah
antigen A
B
A A dan AB sahaja A dan O sahaja BAB 10
B B dan AB sahaja B dan O sahaja
tiada antibodi
AB AB sahaja A, B, AB dan O
sel darah merah
O A, B, AB dan O O sahaja
Kumpulan darah O Faktor Rhesus
sel darah merah Sejenis antigen lain yang terdapat pada permukaan sel darah merah
tiada antigen
ialah faktor Rhesus (faktor Rh). Sel darah merah individu yang
mengandungi faktor Rh atau antigen D dikenali sebagai Rh-positif.
Individu yang tidak mempunyai faktor Rh atau antigen D dikenali
antibodi anti-A
antibodi anti-B sebagai Rh-negatif.
RAJAH 10.18 Antigen dan Sekiranya darah Rh-positif penderma bercampur dengan darah
antibodi dalam kumpulan penerima yang Rh-negatif, darah penerima akan bertindak balas
darah berlainan dengan menghasilkan antibodi Rhesus atau antibodi anti-D.
Apabila penerima menerima satu lagi dos darah Rh-positif, antibodi
Rhesusnya akan menyebabkan pengaglutinan sel darah penderma.
Keadaan ini boleh membawa maut kepada penerima tersebut.
10.5.1 10.5.2 10.5.3 185

