Page 195 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 195
10.7 Sistem Limfa Manusia
Proses pembentukan bendalir tisu
Selain daripada sistem peredaran darah, terdapat satu lagi sistem dalam
badan yang fungsinya berhubung rapat dengan sistem peredaran darah.
Sistem tersebut ialah sistem limfa. Proses pembentukan bendalir tisu
ditunjukkan dalam Rajah 10.20.
1 Darah yang sampai di hujung arteriol 2 Tekanan ini membolehkan plasma
kapilari darah bertekanan tinggi akibat
darah meresap secara berterusan
diameter kapilari darah yang kecil dan daya dari kapilari darah ke dalam ruang
pengepaman jantung. antara sel.
plasma darah sel
arteriol venul
darah
darah
beroksigen
terdeoksigen
pada tekanan pada
tinggi
tekanan
rendah
bendalir tisu
kapilari darah
kapilari limfa
RAJAH 10.20 Pertukaran bahan antara kapilari darah dan sel badan
3 • Plasma darah yang memenuhi 4 • Bendalir tisu membolehkan pertukaran BAB 10
ruang antara sel dan sentiasa
membasahi sel dikenali sebagai bahan dalam darah dan sel berlaku.
• Nutrien dan oksigen meresap dari
bendalir tisu.
bendalir tisu ke dalam sel badan.
• Bendalir tisu tidak mengandungi
• Pada masa yang sama, bahan buangan
eritrosit, platlet dan protein
plasma kerana bersaiz terlalu dan karbon dioksida meresap dari sel
badan ke dalam kapilari darah melalui
besar untuk meresap keluar
daripada kapilari darah. bendalir tisu.
Pembentukan limfa dan komponen sistem limfa
Pada hujung venul kapilari darah, plasma darah adalah hipertonik berbanding dengan bendalir tisu
di sekelilingnya. Tekanan darah juga adalah lebih rendah. Akibatnya, penyerapan semula air, garam
mineral dan bahan buangan ke dalam venul kapilari berlaku.
Namun, hanya 85% daripada bendalir yang meninggalkan darah pada hujung arteriol kapilari darah
meresap semula ke dalam hujung venul. Apakah yang terjadi kepada baki 15% yang masih tertinggal
dalam ruang antara sel? Baki ini membentuk lebih kurang 4 liter bendalir yang hilang daripada
kapilari setiap hari. Bagaimanakah sistem peredaran darah memperoleh semula bendalir ini?
10.7.1 189

