Page 227 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 227

Otak
                 Tahukah anda bahawa otak terdiri daripada lebih kurang 100 bilion neuron?
                 Otak merupakan pusat koordinasi  dan  kawalan  bagi manusia. Bahagian-
                 bahagian utama otak manusia ialah serebrum,  hipotalamus,  serebelum,
                 medula oblongata dan kelenjar pituitari (Rajah 12.5).                       AR


                                                       SEREBRUM
                  •  Merupakan struktur yang paling besar dan kompleks pada bahagian hadapan otak.
                  •  Permukaannya berlipat-lipat bagi menambahkan luas permukaan untuk memuatkan lebih
                    banyak saraf.
                  •  Merupakan pusat mengawal emosi, pendengaran, penglihatan, personaliti dan tindakan terkawal.
                  •  Serebrum menerima maklumat dan rangsangan daripada reseptor.
                  •  Maklumat ini dianalisis, diintegrasi dan dihubung kait untuk menghasilkan persepsi deria.
                  •  Gerak balas ditentukan dan arahan diberikan kepada efektor.
                  •  Serebrum juga bertanggungjawab terhadap keupayaan mental yang tinggi seperti pembelajaran,
                    kebolehan mengingat, kemahiran berbahasa dan kemahiran matematik.




                         HIPOTALAMUS                                                     SEREBELUM
                  •  Mengkoordinasi homeostasis.                                      Memelihara
                  •  Merupakan pusat kawalan                                          keseimbangan
                    untuk mengawal atur suhu                                          badan serta
                    badan, keseimbangan                                               koordinasi
                    air, tekanan darah serta                                          pengecutan
                    mengesan kelaparan, dahaga                                        otot untuk
                    dan keletihan.                                                    pergerakan badan.
                  •  Hipotalamus
                    menghubungkan sistem
                    saraf kepada sistem endokrin
                    melalui kelenjar pituitari.                                      saraf
                                                                                     tunjang
                  •  Mengawal rembesan
                    beberapa jenis hormon
                    kelenjar pituitari.
                                                                                                              BAB 12
                                                                      RAJAH 12.5 Otak manusia





                           KELENJAR PITUITARI                         MEDULA OBLONGATA
                  •  Terletak pada dasar hipotalamus.        •  Terletak pada anterior serebelum.
                  •  Kelenjar utama dalam sistem endokrin.   •  Mengawal tindakan luar kawal seperti
                  •  Kelenjar ini merembes hormon yang          denyutan jantung, pernafasan,
                    mengawal rembesan hormon oleh               pencernaan makanan, pemvasocerutan,
                    kelenjar endokrin yang lain.                tekanan darah, peristalsis,  muntah,
                                                                batuk, bersin dan menelan.

                 12.2.2                                                                             221
   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232