Page 228 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 228

Saraf tunjang
                   Fikirkan!
                                       Saraf tunjang terkandung dalam turus vertebra dan dikelilingi oleh
                 Dalam keratan         bendalir serebrospina yang memberi perlindungan dan membekalkan
                 saraf tunjang yang
                 baru dibedah, jirim   saraf tunjang dengan nutrien. Saraf tunjang terdiri daripada jirim
                 putih kelihatan       putih  dan  jirim kelabu  (Rajah 12.6). Dalam keratan rentas, jirim
                 putih manakala jirim   kelabu kelihatan seperti rama-rama atau huruf ‘H’. Jirim kelabu terdiri
                 kelabu kelihatan      terutamanya daripada badan sel dan dikelilingi oleh jirim putih. Jirim
                 kelabu. Bolehkah      putih terdiri daripada akson yang disalut dengan salut mielin dan
                 anda jelaskan
                 mengapa?              memanjang ke atas dan ke bawah saraf tunjang. Saraf spina muncul dari
                                       saraf tunjang melalui dua cabang pendek atau akar iaitu akar dorsal dan
                                       akar ventral.
                                       Fungsi saraf tunjang adalah
                                       (a)  untuk memproses beberapa jenis maklumat deria dan menghantar
                                           gerak balas melalui neuron motor
                                       (b)  mengawal tindakan refleks
                                       (c)  menghubungkan otak dengan sistem saraf periferi
                                       Fungsi struktur terperinci saraf tunjang diringkaskan dalam Rajah 12.6.
                                                                                AKAR DORSAL
                               GANGLION AKAR DORSAL
                           Badan sel neuron deria terkumpul             Akar dorsal mengandungi akson
                           dalam ganglion akar dorsal                   neuron deria yang menghantar
                                                                        impuls saraf dari reseptor deria ke
                                                                        saraf tunjang.
                                                          neuron deria
                                        neuron geganti



                                jirim kelabu






                            jirim putih (mengandungi
                            akson bersalut mielin)
                                                                                  SARAF SPINA
                                AKAR VENTRAL                   neuron motor   Saraf spina
                Akar ventral mengandungi neuron motor yang                    mengandungi neuron
                menghantar impuls saraf dari saraf tunjang ke efektor.        deria dan neuron motor.

                      RAJAH 12.6  Keratan rentas menunjukkan struktur terperinci saraf tunjang, bahagian jirim putih dan jirim kelabu

               Sistem saraf periferi
               Sistem saraf periferi terdiri daripada sistem  saraf  soma  dan  sistem  saraf  autonomi. Sistem
               saraf soma mengawal semua tindakan terkawal. Sistem saraf autonomi mengawal tindakan luar
               kawal seperti denyutan jantung dan pengecutan salur darah. Fungsi sistem saraf periferi ialah
               menghubungkan reseptor deria dan efektor kepada sistem saraf pusat.

                222                                                                        12.2.2  12.2.3
   223   224   225   226   227   228   229   230   231   232   233