Page 255 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 255

Pengawalaturan aras gula darah                                      Inovasi Malaysia
                 Pankreas ialah kelenjar yang bertanggungjawab untuk mengekalkan aras   Kajian saintifik telah
                 gula (glukosa) darah dalam julat normal 75–110 mg /100 ml. Kelompok   mengesahkan
                                                                                     bahawa kayu
                 sel Langerhans  dalam  pankreas menghasilkan dan merembeskan
                                                                                     manis berupaya
                 hormon insulin dan glukagon secara berterusan ke dalam aliran darah   menurunkan aras
                 untuk mengawal atur aras gula darah. Tindakan kedua-dua hormon ini   gula darah.
                 dan mekanisme homeostasis bekerjasama untuk mengekalkan aras gula
                 darah pada julat normal seperti yang dihuraikan dalam Rajah 13.4.


















                     Aras gula darah meningkat (selepas sajian)          Aras gula darah menurun (antara sajian)

                                                         pankreas
                  Sel beta (β) dalam kelompok sel                       Sel alfa (α) dalam kelompok sel
                  Langerhans pankreas dirangsang untuk                  Langerhans pankreas dirangsang
                  merembes hormon insulin ke dalam darah.               untuk merembes hormon glukagon
                                                                        ke dalam darah.


                  •   Insulin merangsang sel                                •   Glukagon merangsang sel
                     hati dan sel otot untuk                                    hati untuk menukarkan
                     menggunakan glukosa                                        glikogen kepada glukosa.
                     dalam proses respirasi sel.                    hati    •   Glukagon juga
                  •   Insulin merangsang        sel adipos                      menggalakkan penguraian
                     penukaran glukosa                                          lemak untuk membebaskan
                     berlebihan kepada glikogen           suap balik            asid lemak yang boleh
                                                          negatif
                     untuk disimpan di dalam                                    dimetabolismekan bagi
                     hati dan sel otot.              Aras gula darah            menghasilkan tenaga.
                  •   Di dalam sel adipos, insulin   kembali normal
                     menukarkan glukosa
                     berlebihan kepada lemak.
                                              RAJAH 13.4 Pengawalaturan aras gula darah                       BAB 13


                 Kegagalan dalam penghasilan, perembesan dan penerimaan insulin
                 oleh sel sasaran boleh menyebabkan diabetes melitus. Aras gula
                 darah pesakit diabetes melitus biasanya tinggi dan tidak stabil selepas  TMK 13.1
                 satu sajian. Pesakit tersebut juga sentiasa berasa haus, penat, letih dan
                                                                                     Video: Pengawalaturan aras
                 mengalami penurunan berat badan. Diabetes melitus boleh dikawal     gula darah dalam individu
                 melalui suntikan insulin, pengambilan pil yang merendahkan aras gula   normal dan pesakit diabetes
                                                                                    (Dicapai pada 21 Ogos 2019)
                 darah serta melalui penjagaan pemakanan.
                 13.1.4                                                                             249
   250   251   252   253   254   255   256   257   258   259   260