Page 260 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 260

Pembentukan air kencing

               Terdapat tiga proses utama yang terlibat dalam penghasilan air kencing iaitu proses ultraturasan,
               penyerapan semula dan rembesan.


                                                       NEFRON
                •   Setiap ginjal terdiri daripada berjuta-juta unit berfungsi yang disebut nefron (Rajah 13.9).
                •   Setiap nefron terdiri daripada struktur berikut: • Kapsul Bowman   • Glomerulus    • Tubul renal
                •   Kapsul Bowman berbentuk cawan dan mengandungi gumpalan kapilari darah yang disebut
                    glomerulus. Glomerulus terbentuk daripada arteriol aferen yang bercabang dari arteri renal.
                    Glomerulus bergabung semula membentuk arteriol eferen.
                •   Tubul renal terdiri daripada tubul berlingkar proksimal, liku Henle dan tubul berlingkar distal.
                •   Liku Henle ialah tubul yang panjang berbentuk ‘U’ dan memanjang ke dalam medula renal. Tubul
                    berlingkar distal beberapa nefron bercantum menjadi satu duktus pengumpul.
                •   Air kencing yang dihasilkan akan disalurkan dari duktus pengumpul ke dalam ureter.



                                                               Petunjuk:
                          aliran darah
                                                                   aliran darah       H O
                                                                                       2
                                          arteriol aferen          aliran hasil turasan  glukosa, asid amino
                                                                   pengangkutan pasif  urea
                                                glomerulus
                                 vena renal                        pengangkutan aktif
                                                                   osmosis
                                                 arteriol eferen

                                           1                           tubul berlingkar distal


                                                         Cl –
                                 kapsul             Na +                      – Na +
                                 Bowman                                      Cl
                               hasil turasan         2         bendalir   4
                       arteri renal  glomerulus                renal                    hasil turasan
                                                                                        terproses daripada

                       korteks  tubul berlingkar                                        nefron lain
                               proksimal
                       medula                                             + H +
                                                                         K
                                                                                             duktus
                                                                                             pengumpul
                                                                                  5
                                                                                             air kencing
                                               liku
                                               Henle                                         ke ureter

                                                             3
                                             jaringan
                                          kapilari darah                Na +
                                                                       Cl –


                                     RAJAH 13.9 Struktur nefron dan proses pembentukan air kencing

                254                                                                       13.2.2  13.2.3
   255   256   257   258   259   260   261   262   263   264   265