Page 257 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 257
Mekanisme kawal atur tekanan darah
Baroreseptor atau reseptor tekanan terletak di arka aorta dan
arteri karotid (Rajah 13.6). Arteri karotid ialah arteri di leher yang
membekalkan darah kepada kepala. Reseptor-reseptor ini mengesan
tekanan darah yang mengalir melaluinya dan menghantar impuls secara
berterusan ke pusat kawalan kardiovaskular di medula oblongata untuk
membantu mengawal atur tekanan darah (Rajah 13.7).
Apabila tekanan darah Apabila tekanan darah seseorang
seseorang individu menurun, individu meningkat, misalnya
misalnya apabila berlaku semasa menjalankan aktiviti
pendarahan serius. cergas.
Baroreseptor di arka Baroreseptor di arka aorta dan
aorta dan arteri karotid arteri karotid dirangsang.
kurang dirangsang.
Pusat kawalan kardiovaskular Pemvasocerutan Pusat kawalan kardiovaskular di
di medula oblongata medula oblongata dirangsang.
kurang dirangsang.
• Pemvasocerutan arteri • Pemvasodilatan berlaku.
berlaku. Ini menambah Ini mengurangkan rintangan
rintangan kepada pengaliran pengaliran darah dalam salur
darah dalam salur darah. darah.
• Pengecutan otot kardium • Pengecutan otot kardium
jantung yang lebih kuat berlaku. jantung yang lemah berlaku.
tekanan darah ditingkatkan tekanan darah BAB 13
diturunkan
Tekanan darah kembali Tekanan darah kembali
kepada julat normal. kepada julat normal.
Pemvasodilatan
RAJAH 13.7 Pengawalaturan tekanan darah
13.1.4 251

