Page 262 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 262
Mekanisme homeostasis dalam pengosmokawalaturan
Kandungan air dalam badan sentiasa berubah mengikut pengambilan makanan dan minuman.
Pengosmokawalaturan ialah proses mengawal atur air dan garam dalam badan supaya tekanan
osmosis darah dapat dikekalkan pada julat normal. Pengosmokawalaturan dicapai dengan mengawal
atur isi padu penghasilan air kencing oleh ginjal. Rajah 13.10 menggambarkan pengosmokawalaturan
tekanan osmosis darah.
TEKANAN OSMOSIS DARAH NORMAL
Minum terlalu banyak air. Minum terlalu sedikit air atau kehilangan air
akibat melakukan aktiviti lasak.
1 Tekanan osmosis darah menurun ke 1 Tekanan osmosis darah meningkat
bawah julat normal. melebihi julat normal.
2 Osmoreseptor di dalam hipotalamus 2 Osmoreseptor di dalam hipotalamus
dirangsang.
kurang dirangsang.
3 Kelenjar pituitari dirangsang. Jadi, lebih
3 Kelenjar pituitari kurang dirangsang.
Jadi, kurang ADH dirembes daripada ADH dirembes daripada kelenjar pituitari.
kelenjar pituitari.
4 Kepekatan ADH yang tinggi menyebabkan
dinding tubul berlingkar distal dan dinding
4 Kepekatan ADH yang rendah menyebabkan
duktus pengumpul menjadi lebih telap
dinding tubul berlingkar distal dan dinding
duktus pengumpul menjadi kurang terhadap air.
telap terhadap air. 5 Lebih banyak air diserap semula daripada
bendalir renal ke dalam kapilari darah.
5 Kurang air diserap semula daripada bendalir
renal ke dalam kapilari darah. 6 Air kencing yang lebih pekat dan sedikit
dihasilkan.
6 Air kencing yang lebih cair dan banyak
dihasilkan.
7 Tekanan osmosis darah
kembali ke julat normal.
RAJAH 13.10 Pengosmokawalaturan tekanan osmosis darah
256 13.2.4

