Page 31 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 31

LISOSOM
                  •   Kantung sfera kecil yang diselaputi oleh membran tunggal              lisosom
                  •   Mengandungi enzim lisozim (enzim pencernaan)
                  Fungsi:                                                                                     BAB 2
                  •   Menghidrolisis molekul organik kompleks seperti
                     protein, asid nukleik dan lipid
                  •   Menguraikan bakteria dan komponen sel yang rosak






                                  NUKLEUS                                      RIBOSOM
                  •   Komponen paling besar dalam sel            •   Granul kecil, padat dan berbentuk sfera
                  •   Berbentuk sfera, padat dan dilingkungi     •   Terdiri daripada protein dan asid
                     membran nukleus yang mempunyai liang            ribonukleik (RNA)
                  •   Nukleus mengandungi kromosom, nukleolus    •   Ribosom terdapat pada permukaan
                     dan nukleoplasma.                               jalinan endoplasma kasar atau wujud
                  Fungsi:                                            bebas dalam sitoplasma.
                  •   Mengawal segala aktiviti sel               Fungsi:
                  •   Mempunyai kromosom yang mengandungi asid   Merupakan tapak sintesis protein
                     deoksiribonukleik (DNA). DNA menentukan ciri                       ribosom
                     sel dan fungsi metabolisme

                       membran                   nukleoplasma
                       nukleus
                                                 kromatin
                       nukleolus




                                                 JALINAN ENDOPLASMA
                  •   Terdiri daripada satu sistem rongga ceper berlipat yang bersambungan
                  •   Membran jalinan endoplasma membentuk jalinan berterusan dengan membran nukleus.
                  •   Terdapat dua jenis jalinan endoplasma:
                     –   Jalinan endoplasma kasar mempunyai ribosom yang terlekat pada permukaannya
                     –   Jalinan endoplasma licin tidak mempunyai ribosom
                  Fungsi:                                                        jalinan endoplasma licin
                  •   Sistem pengangkutan bahan dalam sel
                  •   Menyediakan permukaan luas untuk perlekatan enzim dan tindak
                     balas biokimia
                  •   Jalinan endoplasma kasar mengangkut protein yang disintesiskan
                     oleh ribosom.
                  •   Jalinan endoplasma licin mensintesis dan mengangkut gliserol
                     dan lipid serta menjalankan detoksifikasi dadah dan hasil
                     sampingan metabolisme.                                        jalinan endoplasma kasar



                 2.1.3  2.1.4                                                                        25
   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36