Page 34 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 34

2.2                  Proses Hidup


                                       Organisma Unisel


                                       Organisma unisel ialah organisma yang terdiri daripada satu sel
                                       sahaja. Namun begitu, sel ini merupakan unit hidup lengkap sama
                                       seperti organisma multisel. Organisma unisel boleh menjalankan
                                       semua proses hidup: respirasi, pergerakan, pemakanan, gerak balas
                                       terhadap rangsangan, pembiakan, pertumbuhan dan perkumuhan.
                                       Protozoa ialah organisma unisel yang paling ringkas. Contoh protozoa
                      TMK 2.1
                                       ialah  Amoeba  sp. dan Paramecium  sp. Mari kita lihat proses hidup
                    Aktiviti: Mengkaji
                      proses hidup     Amoeba sp. dan Paramecium sp.
                    organisma unisel
                              PERGERAKAN                             GERAK BALAS  TERHADAP
                                                                          RANGSANGAN
                • Amoeba sp. sentiasa berubah bentuk apabila
                  bertemu dengan halangan. Amoeba sp.         Amoeba sp. dan Paramecium sp. bergerak
                  bergerak dengan mengunjurkan pseudopodium   balas terhadap rangsangan seperti
                  (kaki palsu). Ini diikuti oleh pengaliran sitoplasma   bahan kimia, sentuhan atau cahaya terang
                  ke bahagian pseudopodium yang diunjurkan.   dengan bergerak menjauhi rangsangan ini.
                • Paramecium sp. bergerak menggunakan
                  pukulan silium secara beritma.
                                                                            RESPIRASI
                                                              Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida
                              PEMAKANAN                       berlaku melalui membran plasma secara
                                                              resapan ringkas di seluruh permukaan sel.
                 1  Amoeba sp. bergerak ke arah makanan
                   dengan mengunjurkan pseudopodium
                   untuk memerangkap zarah makanan secara    1            makanan
                   fagositosis (Rajah 2.3). Bagi Paramecium sp.
                                                                                                 lisosom
                   pukulan silium membantu zarah makanan
                   masuk ke dalam alur mulut.                                     2
                  2  Vakuol makanan bergabung dengan lisosom.
                   Zarah makanan dihidrolisis oleh enzim
                   lisozim dalam lisosom.
                                                                       pseudopodium
                  3  Nutrien yang dihasilkan diserap ke
                   dalam sitoplasma.
                  4  Makanan yang tidak tercerna disingkirkan                               vakuol makanan
                   apabila Amoeba sp. bergerak. Makanan           3
                   yang tidak tercerna dalam Paramecium sp.                                 4
                   disingkirkan melalui liang dubur.


                                                           makanan
                             PERTUMBUHAN                   tercerna               makanan tidak
                                                                                  tercerna
                                                                nutrien diserap
                 Ameoba sp. dan Paramecium sp. membesar
                 dengan mensintesis sitoplasma baharu.
                                                                     RAJAH 2.3  Pemakanan dalam Amoeba sp.
                28                                                                          2.2.1  2.2.2
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39