Page 36 - Buku Teks Biologi Ting4 full
P. 36
2.3 Proses Hidup
Organisma Multisel
Terdapat pelbagai jenis sel dalam organisma multisel yang berbeza dari
segi saiz, bentuk dan susunan. Struktur sel berhubung rapat dengan
fungsinya dan setiap jenis sel dikhususkan untuk menjalankan fungsi
tertentu sahaja. Gambar foto 2.4 dan 2.5 menunjukkan beberapa jenis
sel khusus yang terdapat dalam manusia dan tumbuhan serta bagaimana
sel-sel tersebut disesuaikan untuk menjalankan fungsi masing-masing.
SEL OTOT SEL SARAF
• Tersusun dalam • Berbentuk unjuran
bentuk gentian, panjang dan halus
multinukleus dan • Berfungsi menghantar
berjalur
impuls saraf
• Mengecut dan
mengendur bagi
menghasilkan pergerakan
SEL DARAH PUTIH SEL EPITELIUM
• Boleh berubah • Sel yang nipis dan
bentuk leper
• Berfungsi • Melapisi permukaan
memusnahkan organ seperti salur
patogen pencernaan
SEL SPERMA
SEL DARAH MERAH
• Mempunyai ekor panjang
• Tidak mempunyai untuk membolehkannya
nukleus berenang ke arah ovum di
• Berbentuk tiub Falopio
dwicekung • Bahagian kepala mengandungi
• Berfungsi untuk nukleus yang membawa satu set
meningkatkan kecekapan kromosom yang berasal daripada
pengangkutan oksigen induk jantan
GAMBAR FOTO 2.4 Beberapa jenis sel manusia yang mengalami pengkhususan untuk
menjalankan fungsi yang berbeza
30 2.3.1

