Page 2 - Lontar Peluru
P. 2
Peralatan dan Kelengkapan
1. Papan Penahan
i. Pembinaan papan tersebut hendaklah berwarna putih, diperbuat daripada
kayu atau bahan lain yang sesuai berbentuk lengkok supaya sisi sebelah
dalamnya sepadan dengan bahagian dalam lengkok bulatan. Ia diletakkan di
tengah-tengah antara kedua-dua garisan sector dan dibuat supaya terletak
dengan kukuh.
ii. Ukuran papan tersebut ialah 11.2 sm hingga 30 sm lebar, 1.15 (+- 1 sm)
panjang dan 10 sm (+-2mm) tinggi daripada paras dalam bulatan.
2. Peluru
i. Pembuatan peluru hendaklah diperbuat daripada besi, tembaga atau bahan
lain yang tidak boleh lembut daripada tembaga yang padu, atau kelongsong diperbuat
daripada bahan-bahan tadi yang dipadatkan dengan plumbum atau bahan lain. Ia
hendaklah berbentuk sfera yang berpermukaan rata dan licin.
ii. Spesifikasi adalah seperti berikut:
Wanita
Remaja/Junior/ Lelaki Remaja Lelaki Junior Lelaki Senior
Peluru
Senior
Berat Berat Berat
Berat minimum
minimum minimum minimum
4.000 kg 5.000 kg 6.000 kg 7.260 kg
Maklumat
pengeluar :
Beraneka jenis
alatan yang 4.005 kg 5.005 kg 6.005 kg 7.265 kg
dikeluarkan 4.025 kg 5.025 kg 6.025 kg 7.285 kg
untuk
pertandingan
Garis Pusat 95 mm 100 mm 105 mm 110 mm
Minimum
Garis pusat 110 mm 120 mm 120 mm 130 mm
maksimum

