Page 4 - Lontar Peluru
P. 4
4. Kawasan Pendaratan Peluru
Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar
mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan
dan dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada sudut 40° di tengah
bulatan lontaran. Setiap lontaran yang dilakukan peserta hendaklah jatuh di dalam
kawasan tersebut. Sekiranya peluru terjatuh diluar kawasan yang dipagari maka
lontaran itu dianggap batal. Oleh itu peserta hendaklah memastikan setiap lontaran
hendaklah mendarat di dalam kawasan yang dikhaskan.
5. Pita Pengukur
Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan yang dibuat oleh peserta. Ukuran
dibuat dari titik tengah bulatan tetapi bacaan hanya diambil dari papan penanda
hingga kesan tempat peluru mendarat. Peserta yang mencapai jarak yang paling jauh
menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke bahagian
dalam penahan atau garis bulatan. Hujung pita ukur ditempatkan pada bahagian
kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan lontaran. Pita ukur ditarik sehingga di
tengah bulatan. Bacaan pita yang bertemu dengan bahagian dalam penahan akan
menunjukkan bacaan lontaran.

