Page 28 - BOOKLET PLC
P. 28

KUMPULAN RAKAN KRITIKAL - KRK (CRITICAL FRIENDS GROUP)

               Kumpulan  Rakan  Kritikal  (KRK)  merujuk  kepada  kumpulan  guru  yang  komited  untuk
               meningkatkan  prestasi  sekolah.  Ahli  kumpulan  Rakan  Kritikal  merupakan  mereka  yang
               menyokong dan menggalakkan rakan-rakan lain melalui maklumbalas yang ikhlas.

                                                    Kepentingan KRK
               Melihat semula

                          ➢  hasil guru seperti RPH dan keputusan yang dibuat oleh guru
                          ➢  hasil kerja murid-murid
                          ➢  Dilema/isu yang wujud dalam bilik darjah dan sekolah
                          ➢  kaedah yang digunakan untuk menjana idea baru dalam
                          ➢  Perancangan  RPH
                                                Panduan Pelaksanaan KRK

                   a.  Ahli kumpulan terdiri daripada 4 - 7 orang
                   b.  Sesi pertemuan dan masa ditentukan oleh Fasilitator
                   c.  Pembentang  akan  mengutarakan  satu  isu  dan  ahli  kumpulan  akan  memberi
                       pandangan mereka terhadap isu tersebut
                   d.  Pembentang TIDAK terlibat dalam perbincangan  isu yang dibincangkan tetapi boleh
                       mengambil nota semasa perbincangan dijalankan
                   e.  Ahli  kumpulan  memberi  cadangan  berpandukan  kepada  pengalaman  dan
                       kepakaran mereka
                   f.  Perbincangan tidak merujuk kepada nama pembentang

                                                       PROTOKOL KRK

                   ➢  Langkah 1 : Taklimat Fasilitator ( 3 Minit )
                          1.  Fasilitator menetapkan masa untuk perbincangan
                          2.  Fasilitator membuat penerangan mengenai proses KRK

                   ➢  Langkah 2 : Pembentangan Isu/Masalah  Oleh Pembentang (5 Minit)
                          1.  Isu dibentang untuk perkongsian
                          2.  Pembentang menerangkan konteks isu
                          3.  Pembentang  menyenaraikan  beberapa  soalan  berkaitan  isu  yang  ingin
                              ditangani  untuk  mendapat  pandangan  dan  cadangan  daripada  ahli
                              kumpulan.

                   ➢  Langkah 3 : Persoalan Berkaitan Isu Dan Penjelasan ( 5 Minit)
                          1.  Ahli  kumpulan  bertanya  soalan  kepada  pembentang  untuk  memahami  isi
                              dengan lebih jelas
                          2.  Ahli  kumpulan  tidak  dibenarkan  memberi  cadangan  atau  memulakan
                              perbincangan

                   ➢  Langkah 4 : Perbincangan  Ahli Kumpulan ( 12 Minit)
                          1.  Ahli  kumpulan  berbincang  mengenai  isu  yang  telah  dibentangkan  secara
                              positif dan kritikal
                          2.  Pembentang tidak terlibat dengan perbincangan tetapi boleh mencatat nota
                          3.  Ahli kumpulan memberi beberapa  cadangan untuk menangani isu








                                                                                                                    28
   23   24   25   26   27   28   29   30