Page 11 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 11

PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF ILMU EKONOMI






                    Ilmu ekonomi melihat pendidikan sebagai satu ‘pelaburan’ (investment) atau sebagai satu ‘comsumption’.


                    Pelaburan dalam pendidikan bererti membelanjakan wang, masa dan tenaga untuk mendapat

                    pendidikan dan latihan. Ilmu dan kecekapan yang diperolehi dijangka akan membawa pulangan yang

                    menguntungkan pada masa hadapan, melalui pekerjaan yang lebih baik, produktiviti dan pendapatan


                    yang lebih tinggi.

                     Pendidikan sebagai ‘comsumption’ pula menganggap proses dan hasil mencari ilmu pengetahuan itu


                     hanyalah untuk kepuasan rasa ingin tahu atau riadah sahaja.


                     Pelaburan dalam pendidikan boleh dibuat oleh sama ada individu dan keluarganya atau oleh sesuatu


                     organisasi atau oleh negara amnya. Contoh ibu bapa membelanja wang untuk anaknya mendapat

                     latihan tambahan di pusat tuisyen supaya anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan;

                     supaya layak melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dan kemudian mendapat pekerjaan

                     yang bergaji tinggi.


                    Negara juga melaburkan banyak wang untuk memberi pendidikan kepada murid di sekolah dan di


                    institusi pendidikan tinggi untuk membentuk modal insan yang lebih berkemahiran, cekap dan produktif.


   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16