Page 12 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 12
PENDIDIKAN DARI PERSPEKTIF ILMU SAINS POLITIK
Ilmu sains politik melihat pendidikan sebagai proses bagaimana sesebuah negara itu mendidik dan
membina warga negaranya supaya mempunyai sikap dan nilai patriotisme, mengetahui tentang hak dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara. Kita boleh melihat pendidikan di negara Jepun berjaya
melahirkan rakyatnya yang bangga dengan negara Jepun, begitu juga Amerika Syarikat, Indonesia,
Britain dan Singapura.
Kita boleh melihat pendidikan di negara Jepun berjaya melahirkan rakyatnya yang bangga dengan
negara Jepun, begitu juga Amerika Syarikat, Indonesia, Britain dan Singapura.
Rakyat Malaysia mendidik generasi muda supaya memahami aspirasi negara kita misalnya memahami
Rukun Negara, tata susila dan undang-undang negara kita. Murid-murid belajar sejarah dan geografi
negara Malaysia, menyanyi lagu Negaraku, mengibar Jalur Gemilang, menghormati Yang Di-Pertuan
Agong dan sayang kepada alam sekitar negara kita. Kita dididik secara langsung dan tidak langsung
supaya berasa bangga menjadi rakyat Malaysia.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

