Page 183 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 183

PENDEKATAN MASTERI





                                                      PROSEDUR MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN MASTERI

            3                                                                             PENILAIAN



                   •   Penilaian adalah suatu proses untuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid.
                   •   Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. Penilaian dalam

                       pembelajaran masteri bertujuan untuk :
                                     ✓ Mengesan pencapaian murid
                                     ✓ Mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah

                                     ✓ Mengenal pasti sama ada hasil pembelajaran sudah atau belum tercapai
                                     ✓ Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran
                                     ✓ Menentukan aktiviti pemulihan dan penggayaan yang perlu dijalankan
                                     ✓ Menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran

                   •   Penilaian dalam pembelajaran masteri perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Penilaian ini berbentuk formatif dan sumatif
                       yang berasaskan Ujian Rujukan Kriteria.

                   •   Penilaian mestilah berdasarkan kepada hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
                   •   Penilaian pembelajaran masteri boleh dijalankan mengikut masa yang difikirkan sesuai dan bertujuan :
                                     ✓ Mempastikan kelemahan murid tidak terhimpun sehingga menjejaskan pembelajaran seterusnya
                                     ✓ Memperkukuhkan dan mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikuasai

                   •   Setelah melaksanakan penilaian guru telah mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid dan dengan itu beliau akan menentukan tindakan
                       susulan yang sesuai kepada murid.



   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188