Page 178 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 178
PENDEKATAN MASTERI
Pendekatan masteri ialah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran di mana guru merancang
kaedah pengajaran secara sistematik bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran
yang telah ditetapkan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke satu unit pembelajaran yang
seterusnya.
Pendekatan masteri memerlukan peruntukan masa yang secukupnya dan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang mestilah sesuai, berkualiti dan dilaksanakan secara sistematik oleh guru
supaya setiap murid dapat menguasai sekurang-kurangnya 80% dalam ujian sumatif mengikut kriteria
yang telah ditetapkan pada awal pembelajaran itu.
Menurut Bloom (1968) pembelajaran yang menggunakan pendekatan masteri merupakan satu kaedah
pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar berasaskan
falsafah bahawa semua murid atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau
kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai dan masa yang mencukupi
disediakan untuk murid itu menguasai pembelajarannya.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

