Page 26 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 26

FALSAFAH DAN MATLAMAT PENDIDIKAN DI DALAM AKTA PENDIDIKAN 1996






              Bahawasanya mengaku bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah

                                        tujuan Negara dan penyelamat Negara.



                   Dan bahawasanya tujuan pendidikan ialah untuk membolehkan

            masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang
           diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global,


               kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat.


                Dan bahawasanya pendidikan mempunyai peranan penting dalam

             menjayakan wawasan Negara demi untuk mencapai taraf negara maju

            sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan

              rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang

                                 bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik.


              Dan bahawasanya adalah menjadi suatu misi untuk menghasil sistem

         pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan

             potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi Negara Malaysia.




   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31