Page 29 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 29

PENGAJARAN – SENI DAN KRAF TINGKAH LAKU GURU









                                                                                                                     Pengajaran dapat dilihat sebagai satu ‘seni’
                                                                                                                perlakuan yang kompleks. Pengajaran boleh dilihat
                                                                                                                     sebagai satu seni dan kraf tingkah laku guru.

                                                                                                                Perlakuan pengajaran guru dihadapan sekumpulan
                                                                                                                murid dianggap sebagai satu seni lakon atau drama.

                                                                                                               Seni drama, seni lakon dan seni berkomunikasi boleh

                                                                                                               diaplikasikan dalam latihan guru untuk memperbaiki
                                                                                                                  kaedah dan gaya pengajaran guru, terutama dari
                                                                                                                  segi teknik persembahannya, gaya berkomunikasi
                                                                                                                   dan interaksi guru dengan murid untuk menarik

                                                                                                                      perhatian murid dan menggalakkan mereka
                                                                                                                           menjalankan aktiviti pembelajaran.


                                                                                                                  Guru yang berpengalaman dan cekap mempunyai
                                                                                                                    “seni” atau “gaya” pengajarannya tersendiri,
                                                                                                                   adunan pelbagai teknik yang disesuaikan untuk

                                                                                                                mengajar pelbagai mata pelajaran kepada pelbagai
                                                                                                                                            jenis murid.






   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34