Page 343 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 343
APA ITU TEKNOLOGI?
❑ Teknologi dapat diungkap sebagai satu proses pengubahsuaian ilmu pengetahuan secara sistematik dan terancang bagi menghasilkan
sesuatu sama ada dalam bentuk alatan konkrit seperti komputer, radio, televisyen dan sebagainya atau bukan alatan konkrit seperti
teori, kaedah, idea dan teknik.
❑ Teknologi memerlukan pengetahuan untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu yang boleh memberi kemudahan dan keselesaan
dalam kehidupan manusia.
❑ Teknologi melibatkan proses, sistem pengurusan, struktur, faktor manusia dan bukan manusia apabila menghadapi masalah dan
kaedah bagaimana bagi menyelesaikannya.
APA ITU TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL?
❑ Satu bidang ke arah meningkatkan kualiti dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
❑ Pada peringkat awal, teknologi instruksional memberi tumpuan kepada penggunaan bahan pandang seperti model, gambar, bahan
sebenar kepada bahan pandang-dengar.
❑ Seels dan Richey (1994) mendefinisikan teknologi instruksional sebagai teori dan amalan dalam reka bentuk, pengembangan,
penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

