Page 344 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 344
APA ITU MEDIA?
❑ Medium atau media bermaksud saluran komunikasi dan sumber maklumat. Makna tersebut merujuk kepada apa-apa sahaja perantara
yang membawa maklumat antara penyampai (sumber maklumat) dengan penerima (seperti bahan bercetak, televisyen, gambar rajah,
komputer dan video).
❑ Raiser dan Gagne (1983) mendefinisikan media sebagai sebarang cara fizikal yang memungkinkan maklumat pengajaran berjaya
disampaikan kepada murid.
❑ Yusup (1997,2001) mendefinisikan media sebagai peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan dilaksanakan untuk tujuan
menyampaikan maklumat dan menghasilkan pembelajaran.
❑ Pelcival dan Elinton (1984), membahagikan media seperti bahan bercetak, audio, video dan pelbagai saluran komunikasi massa seperti
akhbar, radio dan televisyen.
❑ Heinich (2005) merumuskan terdapat 6 kategori asas media dalam pembelajaran iaitu teks, audio, visual, bahan manipilatif dan
manusia.
TEKS BUKU, POSTER, PAPAN TULIS, SKRIN KOMPUTER, MAJALAH
AUDIO SUARA, MUZIK, BUNYI MESIN, RADIO
VISUAL GAMBAR RAJAH, LUKISAN, GAMBAR FOTO, GRAFIK, LUKISAN KARTUN
VIDEO GAMBAR GERAK; TV, VCD, DVD, ANIMASI
BAHAN MANIPILATIF BAHAN TIGA DIMENSI YANG BOLEH SENTUH DAN PEGANG
MANUSIA GURU, MURID, PAKAR
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

