Page 345 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 345

APA ITU MEDIA INSTRUKSIONAL?






          ❑ Menurut Heinich (2005), media instruksional ialah media yang membawa atau mengandungi mesej untuk tujuan pengajaran. Tujuan
               media instruksional ialah untuk memudahkan komunikasi guru, merangsang pemikiran, perasaan, perhatian, menarik minat agar

               berlakunya pembelajaran oleh murid.

          ❑ Yusup (1999, 2005) menjelaskan bahawa kaedah dan media merupakan dua komponen penting dalam sistem instruksional. Menurut
               Yusup, kaedah menerangkan proses pengajaran manakala media pula menyokong proses pengajaran tersebut seperti kaedah kuliah

               yang dibantu dengan bahan multimedia.

          ❑ Guru mungkin menggunakan lebih dari satu media, misalnya papan tulis bersama bahan multimedia dan Internet. Ianya bergantung
               kepada kreativiti guru dalam memastikan pembelajaran yang bermakna berlaku. Ini bermakna murid belajar dengan bantuan guru dan

               media.

                            MENGAPA MEDIA INSTRUKSIONAL PENTING?






         ❑ Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya adalah mempelbagaikan

              kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

         ❑ Melalui penggunaan media pengajaran, guru akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu.

         ❑ Peratus penerimaan semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku adalah dipengaruhi oleh penglibatan deria masing-masing.

         ❑ (Deria % Penerimaan: Mata 70%; Hidung 5%; Mulut 4% ;Telinga 15% ; Rasa/sentuhan 6%).




   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   340   341   342   343   344   345   346   347   348   349   350