Page 362 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 362
KESIMPULAN
➢ Teknik pengajaran dan pembelajaran bagi seorang guru bukan sekadar ‘chalk and talk’ tetapi lebih dari itu,
seperti penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
➢ Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar
pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta
menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan.
➢ Ini kerana penggunaan alat bantu mengajar (ABM) amat penting kepada guru bagi membantu mereka
menyampaikan pelajaran dan memastikan pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan.
➢ Seseorang guru harus mahir mengenal pasti, membuat keputusan untuk memilih alat bantu mengajar (ABM)
yang berkesan dan mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang ketika
dalam pengaplikasiannya.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

