Page 367 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 367

PENGENALAN






         Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) ialah pelbagai jenis peralatan teknologi dan sumber yang digunakan untuk

         mewujud, menyebar, menyimpan, mengumpul, dan mengurus maklumat dan berkomunikasi. Teknologi yang dimaksudkan

         merangkumi komputer, internet, teknologi penyiaran dan transmisi.




                                        ICT UNTUK SEMUA MATA PELAJARAN





         ICT Dalam Pendidikan ialah penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam

         pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pembelajaran sepanjang hayat.






         ICT boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran.





         Penggunaan ICT dalam PdP membolehkan aktiviti PdP dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan

         penggunaan sumber pendidikan, berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan

         berasaskan kadar kebolehan murid.





   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   362   363   364   365   366   367   368   369   370   371   372