Page 396 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 396
PRINSIP-PRINSIP PENTAKSIRAN
a) Dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan pelajar.
b) Pentaksiran dan penilaian hendaklah mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang
berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran.
c) Mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran
(kurikulum).
d) Harus memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian pelajar.
e) Dilaksanakan secara tidak formal, iaitu semasa pelajar mengalami proses pembelajaran supaya hasil yang
dikehendaki adalah bersifat autentik.
f) Dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi. Perkara ini dilakukan supaya dapat membuktikan
pentaksiran dan penilaian yang dijalankan adalah sahih serta tepat.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

