Page 391 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 1 (KPD3016)
P. 391

PENILAIAN






         ▪ Penilaian adalah satu proses mendapatkan maklumat secara sistematik yang akan digunakan untuk membuat
              pertimbangan bagi menentukan nilai, kedudukan, ukuran tentang sesuatu berdasarkan kriteria tertentu yang seterusnya

              digunakan dalam membuat keputusan.

         ▪ Tugas menilai merangkumi tugas menguji dan mengukur.


         ▪ Seseorang guru perlu menguji dan mengukur terlebih dahulu sebelum dapat menilai.



                                                                            PENGUKURAN





          Pengukuran dirujukkan kepada penyelidikan atau pemerhatian yang dapat dinyatakan secara kuantitatif dan dapat

              memberikan jawapan kepada sesuatu pertanyaan.


          Alat pengukuran yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau

              sesuatu skala.


          Pengukuran bertujuan untuk membuat perbandingan dan kedudukan antara pelajar dalam penguasaan pembelajaran.


          Hasil pengukuran amat berguna untuk pengelasan, pensijilan dan penempatan pelajar dalam jurusan yang sesuai.






   NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   386   387   388   389   390   391   392   393   394   395   396