Page 153 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 153
PROSEDUR DAN PROSES KAJIAN TINDAKAN
PENGUMPULAN DATA – TEKNIK DAN ALAT PENGUMPULAN DATA
TEMU BUAL
❑ Kahn dan Cannell (1957) (dalam Marshall & Rossman) mendefinisikan temu bual sebagai perbualan dengan bertujuan
(conversation with a purpose). Tujuan utama temu bual adalah untuk mendapatkan maklumat yang khusus.
❑ Mengikut Patton (1990) pula, temu bual diadakan apabila penyelidik hendak mengetahui apa yang terdapat dalam
minda seseorang. Temu bual boleh merupakan strategi keseluruhan pengumpulan data kajian atau pun boleh
merupakan salah satu daripada teknik yang digunakan dalam kajian.
❑ Terdapat pandangan yang mengkategorikan temu bual kepada temu bual berstruktur, temubual semi-berstruktur dan
temubual tidak berstruktur. Bentuk temubual akan ditentukan oleh soalan kajian serta perkembangan kajian.
❑ Temu bual lebih terbuka mungkin akan dijalankan di awal-awal kajian untuk mendapatkan pandangan umum tentang
fenomena yang dikaji. Kemudian temubual mungkin akan lebih berfokus kepada fenomena-fenomena tertentu apabila
penyelidik telah dapat membina kategori-kategori tertentu.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

