Page 34 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 34

5E AKTIVITI PENGAJARAN BYBEE R.





        1          PENGLIBATAN (ENGAGE)

                   Murid dilibatkan dalam pembentukan, pembinaan dan pemahaman tentang objektif khas atau hasil pembelajaran yang ingin

                   dicapai. Bahan serta isu / topik dan tugasan diberikan dan dikaitkan dengan pengalaman dan pengetahuan sedia ada yang
                   relevan dengan isu atau topik. Guru boleh melibatkan murid melalui penggunaan soalan, mendefinisi masalah atau

                   menunjukkan peristiwa yang memerlukan penyelesaian dibuat. Fokus perlu diberikan kepada tugasan yang akan dilakukan

                   oleh murid.


        2          PENEROKAAN (EXPLORE)

                   Dalam fasa ini murid berpeluang untuk terlibat secara langsung dengan fenomena dan bahan. Penglibatan murid akan

                   memberikan peluang kepada mereka untuk mengalami fenomena tersebut. Ketika bekerjasama dalam kumpulan, murid
                   berkesempatan menimba pengalaman yang akan membantu mereka dalam proses perkongsian dan berkomunikasi. Guru

                   berperanan sebagai fasilitator, menyediakan bahan dan membimbing murid agar sentiasa fokus kepada isu yang dikemukakan.

                   Proses inkuiri murid akan mendorong pembelajaran dalam fasa penerokaan ini.
















                                                     NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM    /    JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN    /     FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN     /     PENGAJIAN MALAYSIA      /      UPSI
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39