Page 35 - Pengajaran, Teknologi & Penaksiran 2 (KPD3026)
P. 35
5E AKTIVITI PENGAJARAN BYBEE R.
3 PENJELASAN (EXPLAIN)
Fasa ketiga, penjelasan merupakan fasa murid mula menggunakan pengalaman untuk dikongsi dengan rakan. Komunikasi
berlaku antara rakan sebaya dengan fasilitator atau dalam diri murid sendiri. Dengan bekerja secara berkumpulan murid akan
saling menyokong kefahaman antara satu dengan yang lain ketika melakukan pemerhatian, mengemukakan idea, soalan-
soalan dan membina hipotesis. Murid akan menjelaskan pemerhatian, penemuan, proses dan konsep secara lisan atau
dengan bertulis. Guru akan menyokong dengan memberikan maklum balas, kosa kata, sumber dan memperbetulkan kesilapan
konsep.
4 PENGHURAIAN (ELABORATE)
Murid akan meluaskan kefahaman mereka mengenai konsep yang telah mereka pelajari sambil mengaitkan dengan konsep-
konsep lain yang berkaitan serta mengaplikasikan kefahaman mereka dengan dunia sebenar. Kebolehan untuk mengaitkan
konsep dengan dunia sebenar akan membuka ruang kepada inkuiri dan pengetahuan baharu.
5 PENILAIAN (EVALUATE)
Proses penilaian berlaku dalam semua fasa. Proses penilaian berterusan ini dilakukan bukan hanya oleh guru tetapi juga oleh
murid berkenaan. Rubrik, senarai semak, temu bual dan portfolio digunakan sebagai bukti pencapaian. Evidens ini akan dapat
membantu guru untuk membuat perancangan seterusnya atau membuat penambahbaikan kepada perancangan yang ada.
NUR AZEAN BINTI HJ. ABD RAHIM / JABATAN PENGAJIAN KEMASYARAKATAN & KEWARGANEGARAAN / FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN / PENGAJIAN MALAYSIA / UPSI

