Page 36 - E-Buletin FSK Edisi 3 Bil 2/2022
P. 36

RENCANA


































                                                                                                 Gambar hiasan.
         KURSUS KESUKARELAWANAN : MEMUPUK SEMANGAT

          KESUKARELAWAN DALAM KALANGAN PELAJAR UPSI




      Kesukarelawanan adalah salah satu ikon yang penting buat masa kini. Penglibatan sukarelawan

      sudah mulai dipandang dalam masyarakat kita kini. Tidak ketinggalan dalam aspek pendidikan, kerja
      sukarelawan sudah mulai diterapkan dalam diri mahasiswa kini. Kebanyakan universiti awam telah
      menawarkan kursus kesukarelawanan kepada pelajar universiti bagi menggalakan mereka berada

      dalam komuniti. Bagi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), kursus kesukarelawanan telah
      ditawarkan sebagai subjek wajib kepada pelajar UPSI yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda. Keadaan

      ini adalah salah satu alternatif yang baik bagi memupuk semangat mahasiswa untuk bersama-sama
      komuniti dan tahu jerih perit kerja kesukarelawanan. Normah dan Ain Zahirah (2021) menyatakan
      adalah sudah menjadi keutamaan untuk universiti awam mendedahkan pelajar dengan aktiviti

      bersama komuniti dan tidak hanya tertumpu kepada pengajaran dewan kuliah. Situasi ini selaras
      dengan UPSI sebagai satu-satunya universiti pendidikan dan bakal melahirkan guru-guru di Malaysia.

      Golongan pendidikan yang dekat dengan masyarakatnya sememangnya akan memberi impak ke
      dalam diri mereka untuk terus berkhidmat untuk masyarakat. Oleh itu, kursus kesukarelawanan yang
      ditawarkan oleh UPSI sememangnya akan mendatangkan impak besar kepada graduannya yang

      bukan sahaja mampu mendidik anak bangsa tetapi juga dekat dengan komuniti.



                 EDISI 3
  34         e-BULETIN FSK                                                             FSK

                                                                                        TERUS CEMERLANG
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41