Page 37 - E-Buletin FSK Edisi 3 Bil 2/2022
P. 37
Penyediaan pendidikan yang berkualiti dalam
aspek kesukarelawanan juga selaras dengan
teras yang ke-4 dalam Tujuan Pembangunan
Berkelanjutan atau Sustainable Development
Goals (SDG). Pendidikan yang inklusif yang tidak
hanya melahirkan pelajar untuk memahami teori
dan konsep semata-mata tetapi pendidikan juga
perlu memfokuskan kepada peranan pelajar
dalam komuniti mereka sendiri. Pendidikan
berkualiti bukan sahaja memfokuskan terhadap
subjek dan isi kandungan sesebuah kursus yang ditawarkan, tetapi turut dilihat dalam aspek impak
dan keberkesanan sesuatu kursus itu terhadap pelajar itu sendiri. Keadaan pandemik Covid-19 yang
bermula pada bulan Mac 2020 telah memberi kesan kepada khidmat kesukarelawanan. Pelbagai
cabaran yang dihadapi oleh sukarelawan dan tidak terkecuali untuk pelajar UPSI yang mengikuti
kursus Kesukarelawanan. Pelajar hanya didedahkan dengan ilmu-ilmu kesukarelawanan secara
falsafah dan teori sahaja. Namun, pada tahun 2022, Malaysia ke arah endemik. Keadaan ini telah
membenarkan sebilangan pelajar universiti kembali ke kampus. Seramai 2,755 orang pelajar yang
mengikuti Ijazah Sarjana Muda di UPSI bagi semester A212 telah mengikuti kursus Kesukarelawanan
(UPU3412). Pada semester A212 terdapat segelintir pelajar yang telah melaksanakan kerja
sukarelawan secara bersemuka mahupun secara dalam talian.
Antara aktiviti pelajar secara dalam talian seperti
mengadakan sesi webinar yang telah mengetengahkan
pelbagai isu penting dalam masyarakat. Mahasiswa yang
mempunyai pendidikan sememangnya layak untuk
memberikan kesedaran dalam masyarakat berdasarkan
isu-isu yang berjaya diketengahkan. Antaranya seperti,
kesedaran tentang kerja sukarelawan, penyakit kronik
seperti kanser, buah pinggang dan kesihatan fizikal dan
mental, penjagaan haiwan jalanan, kesedaran tentang
penjagaan alam sekitar serta aspek kesedaran tentang
adab dalam masyarakat.
EDISI 3
35 e-BULETIN FSK FSK
TERUS CEMERLANG

