Page 44 - E-Buletin FSK Edisi 3 Bil 2/2022
P. 44
ALUMNI FSK
Gambar hiasan.
KEMENJADIAN MURID DENGAN PENERAPAN ILMU
PENDIDIKAN MORAL
Pendidikan adalah gerbang menuju kehidupan yang lebih baik dengan memperjuangkan hal-hal yang terkecil hingga
terbesar tanpa mengenepikan nilai-nilai moral. Pendidikan dan penerapan nilai tidak boleh dipisahkan dan mempunyai
hubungan yang sangat akrab. Saya sebagai guru Pendidikan Moral yang tamat pengajian di Ijazah Sarjana Muda dan
Ijazah Sarjana di Universiti Pendidikan Sultan Idris, memainkan peranan dalam menyempurnakan akhlak murid serta
membentuk insan seimbang dan berperibadi unggul melalui proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di
sekolah.
Dalam sebuah negara majmuk, Pendidikan Moral ini dapat menekankan prinsip menghormati perbezaan,
meraikan kepelbagaian dan memupuk hubungan baik antara pelbagai kaum dan agama. Aktiviti yang dapat dijalankan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti kumpulan dapat mengeratkan hubungan di kalangan
murid. Mereka dapat menyatakan pendapat tanpa sebarang batasan serta menerima pandangan orang lain dengan
fikiran yang terbuka. Selain itu, ilmu pedagogi yang diterima semasa menuntut di universiti juga menjadi tunjang
kepada sesi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna. Kaedah pengajaran Pendidikan Moral yang bersesuaian
dengan tahap penerimaan murid serta penyediaan alat bantu mengajar yang menarik telah melibatkan murid secara
lebih aktif dalam pelajaran.
Dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik, guru dapat melibatkan murid secara lebih aktif
dalam pelajaran Pendidikan Moral lalu murid dapat meningkatkan potensi murid untuk berkembang dalam
pelajarannya. Maka, penerapan nilai dan akhlak melalui sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan mudah.
Murid dapat mengemukakan pertimbangan moral yang betul serta menunjukkan emosi terhadap isu-isu yang dibincang
EDISI 3
42 e-BULETIN FSK FSK
TERUS CEMERLANG

