Page 5 - BULETIN FSK EDISI KHAS MERDEKA OGOS 2021
P. 5

SEJARAH PERKEMBANGAN
                            FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN


                             LATAR BELAKANG PERKEMBANGAN




       Sejarah perkembangan Fakulti Sains Kemanusiaan(FSK) melalui beberapa fasa
       perubahan dari segi nama dan pertambahan jabatan baru. Fasa awalnya, FSK telah
       diletakkan di bawah pengurusan Fakulti Seni dan Muzik (1999 sehingga 2005). Pada
       tahun 2005 FSK berdiri sendiri sebagai sebuah fakulti yang dinamakan Fakulti Sains
       Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Pada 2010, nama FSSK telah ditukar kepada Fakulti
       Sains Kemanusiaan (FSK) sehingga kini.
              Program pengajian sains sosial mulanya diletakan di bawah pengurusan Fakulti
       Seni dan Muzik dari tahun 1999 sehingga 2004. Pengurusan Fakulti Seni dan Muzik telah
       meletakkan pengajian yang berkaitan dengan sains sosial dan kemanusiaan di bawah
       pengurusan jabatan yang dikenali sebagai “Program Sejarah dan Geografi”. Selari
       dengan namanya, jabatan ini mengendalikan program pengajian yang berkaitan
       dengan ilmu sejarah dan geografi yang ditawarkan sebagai program minor. Pada
       tahun 2004, program ini dipecahkan kepada dua jabatan yang berbeza berasaskan
       kepada disiplin ilmunya. iaitu Jabatan Sejarah dan Jabatan Geografi. Mulai tempoh
       ini, kedua-dua jabatan mula mengambil pelajar major. Kedua-dua jabatan ketika itu
       hanya mempunyai lapan belas orang kakitangan akademik dan sembilan kakitangan
       pengurusan dan sokongan. Perkembangan dalam tempoh ini dianggap sebagai
       tempoh pra-penubuhan Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK).
              Usaha untuk mewujudkan fakulti tersendiri yang berasaskan kepada bidang
       sains sosial dan kemanusiaan telah dijalankan dalam tempoh pra-penubuhan ini.
       Lanjutan itu satu kertas kerja telah dibentangkan di peringkat universiti dan
       Kementerian Pengajian Tinggi bagi merealisasikan hasrat tersebut. Kertas kerja tersebut
       menyatakan bahawa permohonan adalah bertujuan untuk menubuhkan Fakulti Sains
       Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dengan “tujuan menawarkan disiplin ilmu dalam
       bidang sains sosial dan juga kemanusiaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda
       Pendidikan dan Pasca Siswazah sebagaimana yang dilakukan oleh institusi-institusi
       pengajian lain”. Permohonan tersebut diterima dan FSSK mula operasi secara rasmi
       pada 1 Mac 2005.


             EDISI KHAS
    4       OGOS / 2021                                                                       FSK
                                                                         fsk.upsi.edu.my
                                                                   buletin@fsk.upsi.edu.my    TERUS CEMERLANG
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10