Page 7 - BULETIN FSK EDISI KHAS MERDEKA OGOS 2021
P. 7
SEJARAH PERKEMBANGAN
FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN
Jumlah kemasukan dan bilangan pelajar yang bergraduan daripada FSSK sentiasa
bertambah. Ia sebagaimana dinyatakan di dalam jadual berikut;
Bilangan kemasukan dan Graduan Mengikut Tahun (ISMP sahaja)
SESI BILANGAN TAHUN GRADUAN
2002/03 125 - -
2003/04 146 - -
2004/05 81 - -
2005/06 261 - -
2006/07 381 2006 58
2007/08 1036 2007 172
2008/09 690 2008 117
2009/10 864 2009 254
Jumlah Keseluruhan 3584 601
FSSK memasuki fasa perkembangannya pada 2010. Perkembangan ini bermula
dengan keputusan yang dibuat dalam Mesyuarat Pengurusan Universiti pada 4
September 2009 yang mencadangkan proses penstrukturan besar-besaran di peringkat
universiti. Proses penstrukturan ini turut membawa kesan nyata dalam perkembangan
FSSK. Ahli mesyuarat berpendapat bahawa nama FSSK perlu diubah bagi menyesuaikan
dengan niche kesemua bidang pengajian sedia ada yang berteraskan disiplin
kemanusiaan dan kemasyarakatan. Maka, pada 2010 FSSK telah ditukarkan kepada
Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK). Perubahan ini dianggap sebagai permulaan satu
lembaran baharu dalam sejarah FSSK. Secara kesimpulannya, sejarah pernubuhan dan
perkembangan FSK sebagai sebuah fakulti telah melalui dua tempoh penting pada 2005
dan 2010.
EDISI KHAS
6 OGOS / 2021 FSK
fsk.upsi.edu.my
buletin@fsk.upsi.edu.my TERUS CEMERLANG

