Page 6 - BULETIN FSK EDISI KHAS MERDEKA OGOS 2021
P. 6

SEJARAH PERKEMBANGAN
                            FAKULTI SAINS KEMANUSIAAN



               Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) ditempatkan di Kampus Sultan
       Abdul Jalil Shah. Fasa awal penubuhannya, FSSK beroperasi di bangunan Fakulti dan
       Seni dan Muzik (FSM) selama beberapa bulan. Dalam tempoh ini, pejabat
       pentadbiran dan kakitangan pentadbiran dikongsi bersama dengan FSM. Selepas itu,
       FSSK berpindah ke tingkat 4 bangunan Malim Sarjana. Selepas beberapa tahun,
       bangunan Malim Sarjana kekal sebagai bangunan utama yang digunakan oleh FSSK
       untuk menempatkan pejabat pentadbiran dan pejabat kakitangan akademiknya .
       Fasa awal dalam sejarah perkembangan FSSK ini merujuk kepada tahun 2005
       sehingga 2009. Pada mulanya, FSSK hanya mempunyai 18 orang kakitangan
       akademik dan sembilan orang kakitangan sokongan dan pentadbiran. Jumlah
       kakitangan     akademik      yang    bertanggungjawab         bagi   mengembangkan          dan
       meletakkan nama FSSK dalam landskap dunia akademik di tanah air kemudiannya
       bertambah kepada 58 orang. Perkembangan yang sama dalam kalangan
       kakitangan pengurusan dan sokongan yang sentiasa memberi komitmen dalam
       mendokong pengurusan dan pentadbiran fakulti. Jumlah mereka pada 2009 adalah
       seramai 16 orang. Ringkasnya dalam tempoh empat tahun, jumlah kakitangan FSSK
       bertambah daripada 27 orang kepada 74 orang.


              Dalam fasa ini juga, penawaran Ijazah Sarjana Muda Pendidikan turut
       bertambah, iaitu dalam bidang sejarah, geografi, pendidikan Islam, moral dan
       pengajian Malaysia. Seterusnya, bermula dari tahun 2006, program pasca siswazah
       mula diperkenalkan di FSSK, iaitu program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).
       Selain program DPLI, FSSK turut menambah program pengajian di peringkat sarjana
       dan    doktor    falsafah    dalam     bidang    Sejarah,    Geografi,    Syariah,    Usuluddin,
       antropologi/sosiologi dan pengajian Peradaban. Pengenalan bidang dan disiplin ilmu
       dalam FSSK adalah diasaskan kepada matlamat penubuhannya. Ringkasan Eksekutif
       bagi kertas kerja penubuhan FSSK menyatakan bahawa tujuan penubuhan FSSK
       adalah untuk melahirkan graduan yang seimbang dari segi teori dan amalan, bersifat
       luwes serta mempunyai ciri-ciri professional seorang guru.







             EDISI KHAS
    5       OGOS / 2021                                                                       FSK
                                                                         fsk.upsi.edu.my
                                                                   buletin@fsk.upsi.edu.my    TERUS CEMERLANG
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11