Page 59 - E-Buletin Edisi 2 Bil 1 2022
P. 59

bolehlah mulakan urusan rumah untuk disewa        Apabila menjejak kaki ke alam pekerjaan
   jika anda ditempatkan di negeri orang. Untuk      sebagai seorang guru perkara yang perlu
   mencari rumah pelbagai platform atau media        selalu   kita   hadapi    ialah   sistem
   sosial    boleh    digunakan    untuk     lebih   pengoperasian secara talian seperti
   memudahkan.      Setelah   hampir    2   tahun    HRMIS, E-Operasi, SPLKPM, APDM SSDM
   menunggu akhirnya hari yang dinantikan telah      dan sebagainya. Oleh itu biasakan diri
   tiba iaitu lapor diri sebagai seorang pendidik    untuk bertanya kepada guru-guru lain untuk

   secara rasmi. Satu sesi taklimat akan diadakan    mendapatkan       maklumat      dan     cara
   oleh Jabatan Pendidkan Negeri atau di sekolah     pengoperasian sistem secara talian ini. Selain
   masing-masing khas untuk guru-guru baharu.        itu, sebagai seorang pendidik kita juga harus
   Kemudian, kita perlulah, berkenalan dengan        bersabar dengan tugas yang akan diberikan.
   barisan pentadbir sekolah dan pada masa ini       Semua tugas yang diberikan kepada kita pasti
   sesi akujanji akan diadakan di depan Pengetua     akan memberi pengajaran dan pengalaman
   sekolah.                                          untuk digunakan pada suatu hari kelak.

           Sebaik sahaja selesai sesi perjumpaan            Sekolah dan profesion perguruan
   dengan pentadbir sekolah langkah seterusnya       merupakan satu aspek yang membolehkan
   adalah perlu berjumpa dengan kerani sekolah       kita belajar banyak perkara dan mendapat
   untuk     menyelesaikan      dokumen-dokumen      pengalaman yang berbeza kerana masa ini
   penting.   Dalam     menyelesaikan    dokumen     kita bertemu dengan pelbagai ragam manusia
   penting kita juga perlu berkenalan dengan         yang mengajar pengertian profesion ini.
   warga sekolah yang lain. Kita sebagai guru        Sebagai seorang individu, guru-guru juga perlu
   baharu, jangan segan untuk bertanya kepada        pikulkan tugas dengan penuh prihatin dan
   guru-guru lama yang mempunyai pengalaman          dedikasi.
   yang terperinci dalam profesion ini.
                                                            Akhir sekali sentiasa buat yang
                                                     terbaik, walaupun profesion kita mempunyai
                                                     pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi,
                                                     buat yang terbaik biar kita puas hati dengan
                                                     kerja yang telah dilaksanakan. Sama-sama
                                                     kita mendidik anak bangsa demi negara
                                                     tercinta.



                                                     Veeradarshini Muneesvaran
                                                     Alumni UPSI 2020







  e-BULETIN FSK                                                                                       58
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64