Page 62 - E-Buletin Edisi 2 Bil 1 2022
P. 62
KOMENTAR
Keselamatan Dalam Melayari Internet
Cik Noor Adharina Alias
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Pusat Teknologi Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
Dalam dunia digital masa kini, melayari internet telah menjadi satu keperluan dalam menjalani
kehidupan seharian. Oleh itu, keselamatan dalam melayari internet adalah penting bagi
mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti kecurian wang dalan akaun
bank, kecurian identiti, kehilangan akaun media sosial, penipuan dan pelbagai lagi.
Beberapa tips yang saya kongsikan di bawah adalah sebagai langkah berhati-hati dan
peringatan untuk diri saya sendiri dan semua pelayar internet;
1. Menggunakan komputer di tempat awam
Sekiranya anda menggunakan komputer di tempat awam seperti di Siber Cafe, lapangan
terbang atau mana-mana fasiliti yang menyediakan komputer yang boleh di akses secara
percuma atau berbayar, yang memerlukan anda untuk log masuk, pastikan anda log keluar
setelah selesai menggunakannya. Jika anda tidak log keluar dengan betul, akaun anda akan
diakses oleh sesiapa sahaja dan boleh mengundang kepada risiko.
2. Menggunakan Wifi di tempat awam
Perkhidmatan Wifi di tempat awam kini sangat luas jaringannya. Biasanya perkhimatan Wifi
ini disediakan secara percuma sama ada di restoran, hotel, pejabat kerajaan, tempat
mencuci kereta, cafe dan banyak lagi. Namun, kelemahan Wifi di tempat awam adalah ia
boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Risiko ini muncul apabila pelayar internet tersebut adalah
dalam kalangan penggodam. Oleh itu, sebolehnya elakkan menggunakan Wifi di tempat awam
untuk mengakses akaun bank atau akaun yang mempunyai maklumat-maklumat sulit.
Gambar hiasan.
e-BULETIN FSK 61

