Page 63 - E-Buletin Edisi 2 Bil 1 2022
P. 63
Gambar hiasan.
3. Kata Laluan
Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius, jangan sesekali berikan orang lain akses
kepada akaun dalam talian atau kata laluan anda. Kemudian pastikan semua akaun anda
dilindungi dengan kata laluan yang kukuh. Kukuh yang dimaksudkan ialah mempunyai huruf,
simbol, nombor beraneka yang sukar untuk digodam.
4. Maklumat peribadi
Jangan letakkan maklumat peribadi seperti nama anda, keluarga, bandar rumah, no kereta
atau umur di nama pengguna anda. Selain itu, lebih penting lagi, jangan berkongsi maklumat
peribadi dengan orang yang anda hanya kenal dalam talian sahaja. Kemudian, pengguna
internet yang ingin berkongsi nombor telefon, cara yang lebih selamat untuk berkongsi ialah
dengan menghantar mesej peribadi (PM) kepada individu yang ingin anda kongsikan.
5. Perisian keselamatan
Perisian keselamatan penting bagi melindungi maklumat dalam sistem komputer, rangkaian atau
sebarang peranti mudah alih. Selain itu, ia berfungsi mengawal akses pihak ketiga, memberikan
perlindungan data dan sistem dari virus atau gangguan jaringan internet serta mempertahankan
risiko keselamatan sistem lain. Oleh itu, amatlah perlu untuk mempunyai perisian keselamatan
seperti antivirus atau anti-spyware yang terkini. Diingatkan juga, elakkan daripada menggunakan
perisian keselamatan yang telah tamat tempoh kerana ia tidak akan melindungi data anda.
Secara keseluruhannya, kita sebagai pengguna dan pelayar internet harus cakna dan
mengambil tahu apa yang perlu dilakukan dan yang tidak sepatutnya dilakukan semasa melayari
internet. Perkara ini penting bagi memastikan keselamatan diutamakan dengan mencegah sebelum
kita terkena perdaya.
Cik Noor Adharina Alias
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Pusat Teknologi Maklumat
Universiti Kebangsaan Malaysia
e-BULETIN FSK 62

