Page 2 - flip pibg_Neat
P. 2
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah dan ucapan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-
Nya dapat kita berhimpun dalam majlis ini walaupun dijalankan secara dalam talian.
Pencapaian SMKSA dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, ternyata tidak dapat
disangkal. Masih tetap berjaya walaupun kita menghadapi ancaman wabak penyakit
Covid-19. Hal ini terbukti apabila, SMKSA telah memperoleh Pencapaian Terbaik
Sekolah Menengah Harian dan Pencapaian Murid Cemerlang SPM 2020 dalam Majlis
Anugerah Kecemerlangan Akademik peringkat Negeri Kedah baru-baru ini. Justeru, saya
ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada selurah warga
SMKSA atas kerjasama yang diberikan.
Perlu dinyatakan, walaupun anak-anak belajar secara dalam talian (Pdpr) namun, itu tidak
menghalang mereka untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Sebaliknya, para
pelajar dapat mengimbangi antara kurikulum dan kokurikulum dengan adanya kerjasama
yang padu daripada guru-guru dan ibu bapa.
Sesungguhnya, sebagai ibu bapa kita hendaklah memberi sokongan sepenuhnya kepada
anak-anak dalam menghadapi cabaran dunia Pendidikan yang semakin mencabar.
Akhir kata, saya berharap agar kegemilangan dan kecemerlangan sekolah ini akan terus
dikekalkan.
Sekian, terima kasih.
Tn Hj. Abu Seman bin Sareh Md Isa
Yang Dipertua PIBG sesi 2020/2021
Sekolah Menengah Kebangsaan
Sultanah Asma

