Page 6 - flip pibg_Neat
P. 6

PERSATUAN           IBUBAPA       DAN      GURU

                           SEKOLAH         MENENGAH          KEBANGSAAN
                           SULTANAH        ASMA      JALAN      LANGGAR,

                           05460 ALOR SETAR, KEDAH.
                           TEL : 047322618 / FAX : 04-7328020





                                                                                       23 September 2021


        Ibu Bapa dan Waris,
        Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma.

        Dato’ / Datin / Tuan/ Puan,

        NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SULTANAH ASMA KALI KE-47


        Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma kali
        ke-47 akan diadakan pada:

                      Tarikh: 23 oktober 2021 (Sabtu)
                      Masa: 10.00 pagi
                      Tempat: kediaman masing-masing
                      Platform: Google Meet dan YouTube


        2.     Sehubungan itu, saya bagi pihak Yang Dipertua PIBG dan seluruh Ahli Jawatankuasa PIBG SMK
        Sultanah Asma dengan hormatnya menjemput Dato’ / Datin / Tuan / Puan semua waris SMK Sultanah Asma
        untuk menghadiri mesyuarat tersebut.


        3.     Pelantikan AJK PIBG baharu bagi sesi 2021/2022 akan diadakan dalam mesyuarat kali ini. Justeru,
        semua ibu bapa dan guru boleh mencadangkan nama AJK PIBG untuk tahun 2021/2022. Undian akan dibuat
        pada hari Mesyuarat Agung Tahunan. Pencalonan perlu diserahkan sebelum atau pada 8 Oktober 2021. Sila
        serahkan senarai pencalonan melalui aplikasi 'What's App' kepada Setiausaha PIBG, Puan Khaujahrubiyah
        binti Ngah (0192438643).






        Sekian, terima kasih.


        Saya yang menjalankan tugas,











        (KHAUJAHRUBIYAH BINTI NGAH)
        Setiausaha Kehormat
        Persatuan Ibu Bapa dan Guru
        SMKSA Sesi 2020/2021


                                                                      MESYUARAT AGUNG PIBG
                                                                      SMKSA 47/2021                                3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11